It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

5 Cara Cerahkan Bibir Gelap Jadi Pink Secara Semulajadi, Tak Payah Produk Mahal

“Aduh, tak confident la bibir gelap dan kering ni… takkan nak tutup pakai lipstick je selalu..”

Ramai wanita yang mengalami masalah bibir hitam disebabkan oleh masalah kulit kering dan sensitif. Oleh itu, ramai yang kurang keyakinan diri kerana mempunyai bibir yang tidak sihat dan menutupnya menggunakan gincu. Jadi, gadis ini kongsi 5 cara penjagaan supaya bibir gelap kembali pink secara semula jadi.

CARA CERAHKAN BIBIR GELAP

1.JANGAN BASAHKAN BIBIR GUNA AIR LIUR


Elakkan basahkan bibir menggunakan air liur kerana ia mempunyai enzim amilase dan maltase. Enzim ini akan jadikan kulit bibir cepat nipis dan terdedah dengan udara yang kering.

2.PAKAI LIPBALM SEBELUM GUNAKAN LIPMATTE/LIPSTICK


Bahan-bahan yang digunakan dalam sesetengah lipstick atau lipmatte boleh menyebabkan bibir kering. Jadi, penggunaan lipbalm sebelum lipstick boleh selamatkan bibir anda dari ‘direct exposed’ kepada bahan-bahan tersebut.

3.SKRUB BIBIR 2 KE 3 KALI SEMINGGU

Fungsi skrub bibir ni sama seperti skrub muka dimana ia membantu membuang sel kulit mati pada bibir. Skrub ini boleh juga dibuat dirumah dengan menggunakan hanya dua bahan. Dua bahan tersebut adalah gula dan madu atau vaseline. Gosok campuran gula dan vaseline dan gosok perlahan pada bibir lalu biarkan selama 5 minit.

4.GUNA BAHAN YANG BOLEH LEMBABKAN BIBIR

Sebelum dapatkan apa-apa produk bibir, pastikan baca bahan-bahan yang digunakan dahulu. Sesetengah produk tidak sesuai dengan kulit bibir yang kering dan sensitif.

Antara bahan yang tidak elok untuk bibir kering adalah Beeswax. Manakala lebih baik lipmatte yang mempunyai bahan seperti Hyaluronic acid, shea butter dan aloe vera. Bagi ibu mengandung, lebih baik elakkan bahan hyaluronic acid yang terdapat dalam produk-produk harian.

5.BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Minum air sangat penting untuk biarkan bibir dalam keadaan ‘hydrated’. Selain itu, sapukan ais pada bibir juga sangat membantu untuk kembalikan bibir pink anda tau!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Neynisss

Related posts
Terkini

Hasil Ujian Klinikal Penawar Covid-19 Diketahui Tiga Minggu Lagi: WHO

Terkini

Ainul Ikut Walid Pergi Kedai Dan 'Tolong' Tengok Pelanggan, Buah Hati Ramai Semakin Comel

Terkini

Terpulang Kepada Saya Bila Nak Letak Jawatan

Terkini

Kes Disahkan Terkini Seorang Pelajar, Pekerja DBS Dibenarkan Pulang

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *