It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
ilmu

5 filem terhebat Ahamd Idham, favorite korang mana satu?

Siapa yang tak kenal dengan pengarah Malaysia yang serba boleh ini. Dari menjadi pelakon sehinggalah kepada benda belakang tabir semua dia tahu. Kita semua pun pernah tengok atau tertengok sekurang-kurangnya satu daripada berpuluh hasil filem arahannya. Filem dia pula memang banyak yang pecah panggung.

Siapa lagi yang sis sedang cakapkan kalau bukan Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2003 iaitu Ahmad Idham. Sekarang ini pula dia sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang memperjuangkan nasib karya dan filem tanah air kita yang tercinta.

Jadi, apa kata kita tengok sikit apakah antara filem terbaik yang dihasilkan pengarah itu

Adnan Sempit

Adnan Sempit adalah filem Ahmad Idham yang pernah pecah panggung sampai dapat kutipan sehingga 7 juta pada tahun 2010. Waktu ini memang ramai la yang duk sembang tentang cerita ini dari kedai kopi sampailah budak-budak kat kampung. Dia punya meletup filem ni sampai ada sekual la lepas itu. Cerita dia tentang Adnan seorang mat rempit yang yatim piatu kemudian pun jatuh cinta dengan bos dia yang cantik. Jadi filem ini pun kupaslah apa yang ada dalam dunia mat rempit ini. Dalam filem ni la korang boleh dengar mat rempit duk sembang “gua, lu” untuk lebih realistik. Sebab itu kot dia mampu cecah 7 juta.

Mael Lambong

Cerita dia simple je tentang penarik kereta yang tolong selamatkan seorang perempuan. Lepas tu dia jumpa bekas kekasih dia kat kampung dulu. Lepas tu duk bergaduh dengan tunang bekas kekasih dia  sebab cemburu. Dari cerita rempit korang dapatlah tengok macam mana orang bawa kereta berlumba-lumba atas jalan raya. Upgrade sikit

Mat Tudung

Satu lagi filem yang gempak dilahirkan Ahmad Idham ialah Mat Tudung yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam pada tahun 2014. Waktu itu trend tudung ni memang tengah in. Cerita dia masih lagi tentang (bekas) mat rempit yang duk jatuh cinta dengan Ziezie iaitu perempuan bertudung. Dalam filem inilah korang boleh tengok Nelydia pakai 4 warna tudung sekaligus dekat kepala dia.

Minah Motor

Daripada cerita mat rempit kini Ahmad Idham pun pernah tampil dengan filem yang mengetengahkan watak perempuan supaya para gadis dekat luar sana tak rasa terpinggir. Maka, dia hasilkan juga filem Minah Motor lakonan Dayana Roza. Cerita dia agak luar biasa menceritakan Aminah yang sangat suka motorsikal. Dalam filem ini la korang dapat tengok macam mana Aminah ni keluar malam untuk tunjukkan kehebatan dia merempit setaraf lelaki dan aksi berani Dayana atas motor. Inilah kesamarataan gender yang ditunjukkan dalam filem ini. Tapi filem ini tak pecah panggung pun dan ditarik keluar hari ketiga raya.

Pencuri Hati Mr Cinderella

Ha lain sikit kali ini bila Ahmad Idham kali ini menampilkan watak wanita GRO dalam filemnya. Menarik sikit sebab dia juga yang berlakon sebagai watak utama. Cerita dia tentang ahli perniagaan yang hidup sunyi lepas tu upah perempuan GRO untuk teman dia. Lepas itu dia pun jatuh cinta.

Jadi, ada tak antara senarai filem ini yang korang pernah tengok? Mana satu yang korang suka. Dengan adanya pengarah serba boleh seperti Ahmad Idham ini, masa depan perfileman negara kita untuk mendidik masyarakat akan lebih cerah dan terjamin. Sebab itulah kita kena gilap lagi bakat anak muda dekat luar sana untuk berjuang tentang seni dan filem tanah air kita.

Mungkin, sebab itulah kita perlu pandang serius saranan Ahmad Idham untuk tapis apa yang ada dekat Netflix.

Related posts
ilmu

"Akhir Zaman" Single Terbaru Bunkface

ilmu

Resepi Ayam Blackpepper Butter Sos • Resepi Bonda

ilmu

Cuba Layan Music Video Tanpa Lagu?

ilmu

Makanan tradisional ini cukup bagus untuk kesihatan orang muda

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *