It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
ilmu

7 Haiwan Yang Dikenali Dengan Sifat Setia

Antara anjing dan kucing, anjing lagi dikenali dengan sifat setia kepada tuannya. Macam dalam kisah Hachiko seekor anjing yang setia dengan tuannya walaupun tuannya dah mati. Itu kalau setia dengan tuannya. Kalau dengan pasangannya pula kita tengok kucing, yang boleh dikira antara yang tak setia. Siapa yang ada kucing tu tahu lah yang kucing ni dengan anak sendiri pun boleh ‘kahwin’. Kalau dibiarkan keluar dari rumah nanti balik je dah pregnant. Entah kucing jantan mana yang dikerjakannya. Tapi dalam animal kingdom ada juga beberapa spesies haiwan yang hanya mempunyai satu pasangan sahaja sepanjang hidup.

1. ANGSA

Angsa merupakan haiwan yang paling setia dan juga boleh dikira cantik. Kebiasaannya angsa akan mengamalkan kehidupan secara monogami. Tiada yang dua, hanya satu pasangan seumur hidup. Angsa juga menjadi agresif sekiranya angsa lain menghampiri pasangannya. Semasa musim sejuk, haiwan ini aktif secara seksual dengan mendekati pasangan mereka dan melakukan pergerakan leher yang unik. Selepas bertelur pula, angsa betina akan menjaga telur sambil dibantu angsa jantan. Kalau pasangan angsa ini mati, angsa lagi satu tak akan cari pasangan lain sebagai ganti. Mungkin angsa lagi setia daripada korang.

2. PENGUIN

Ketika musim panas, penguin akan kembali ke tempat mereka dilahirkan untuk mencari pasangan mereka yang akan dijadikan sebagai pasangan seumur hidup. Jadi seperti angsa, penguin juga sejenis haiwan monogami. Jika penguin jantan lain kacau pasangannya, penguin jantan akan bersikap sangat agresif untuk mempertahankan kekasih hatinya itu. Yang bagusnnya penguin ni, tugas menjaga telur adalah tugas penguin jantan. Yang lelaki tu boleh mencontohi penguin lah ye untuk tugas di rumah tu.

3. IKAN ANGLER

Ikan Angler merupakan ikan yang hidup di dalam lautan dalam. Tahap kesetiaan ikan ni boleh tahan dasyat. Bila sampai musim mengawan, ikan jantan akan menangkap dan menggigit ikan betina dengan giginya. Kemudian aliran darah bagi kedua-duanya bercampur dan akan memindahkan sperma ikan jantan ke ikan betina. Selepas proses ini selesai, ikan jantan akan menjadi lemah dan mereka pun menghabiskan sisa hidup bersama-sama dengan gembira.

4. SERIGALA

Serigala bukan lah haiwan yang baik dengan manusia tetapi mereka mempunyai ikatan yang kuat sesama mereka. Boleh dikira sebagai spesies yang luar biasa. Serigala akan tinggal bersama pasangan mereka seumur hidup tanpa sebarang rungutan dan permintaan. Maksudnya memang tak ada konflik yang berlaku antara mereka. Semasa dalam perjalanan yang jauh, setiap serigala diberikan tugas masing-maisng untuk menjamin semuanya terlindung dari bahaya. Sebab serigala dikenali dengan kekuatannya berjalan di dalam kumpulan.

5. BURUNG HANTU

Burung hantu juga merupakan haiwan yang bersifat monogami. Setiap pasangan akan saling membantu ketika menjaga dan memberi makan anak mereka. Selain itu, burung hantu juga terkenal dengan sifat protective dan sanggup menggadaikan nyawa untuk melindungi anaknya.

6. GIBBON

Gibbon, satu spesies monyet yang hanya berkahwin dengan satu pasangan sahaja seumur hidup. Bagi mereka ia merupakan satu kelebihan yang membolehkan mereka mengoptimumkan sumber makanan dan juga tenaga ketika melindungi kawasan mereka. Kehidupan haiwan ini simple je. Habiskan masa bersama, berkongsi sumber makanan dan menjaga keturunan mereka. Gibbon juga merupakan haiwan yang mempunyai ritual memikat pasangan yang paling pelik di dunia.

7. ANAI-ANAI

Macam pelik, tapi beberapa jenis anai-anai juga merupakan spesies yang berada dalam kategori haiwan paling setia. Kira anai-anai ni mewakili spesies serangga lah. Selepas anai-anai ni ‘kahwin’, mereka akan mencari tempat untuk membiak dan berkembang. Kalau berjaya, mereka akan mewujudkan jajahan baru dan menjadi Raja dan Ratu di tempat tersebut. Dan kalau gagal mereka akan mati.

KATALAKI: Mungkin ‘buaya darat’ boleh dikira sebagai haiwan paling tak setia…

Related posts
ilmu

Wajib Tahu Season Terbaharu The Umbrella Academy

ilmu

Filem-Filem Yang Diharamkan Sebab Terlalu ‘Disturbing’

ilmu

Mana Datangnya Lathi Challenge? | THELAKI

ilmu

Resepi Acar Ikan Tongkol⁣ • Resepi Bonda

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *