It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Info

Amerika Syarikat VS Kanada – Mana Lagi Baik?

Migrasi
merupakan unsur semulajadi dalam pembangunan sebuah bangsa. Bagi tiga bangsa
utama Malaysia pula, migrasi telah tertanam dalam genetik. Melayu telah
terbukti membelah lautan ibarat seperti masuk hutan. Perdagangan daripada Cina
dan India pula dirakamkan dalam lebaran-lebaran sejarah, sekaligus menunjukkan
peranan dua bangsa minoriti utama dalam konteks migrasi. Dengan adanya rangka
kerja perlembagaan dan sempadan, migrasi dilihat terhad dan terkawal. Namun
penghijrahan masih lagi dibenarkan jika menggunakan visa. Maka dalam konteks
berhijrah ke Amerika Utara, negara manakah yang paling baik jika ada pilihan?

Topik
sebegini sebenarnya sangat popular dalam bacaan-bacaan bahasa Inggeris. Seringkali
perbandingan dan perseteruan dibuat untuk menggandingkan Amerika Syarikat
bersama jiran utara mereka Kanada bagi mengenalpasti negara paling baik untuk
didiami. Namun apabila bercakap tentang Amerika Utara, Mexico pun perlu
dilibatkan juga.

Namun
sebut saja Mexico tentu sekali timbul elemen-elemen negatif dalam minda. D4d4h,
jenayah dan kemiskinan merupakan unsur-unsur klise yang sentiasa menconteng
arang pada muka Mexico. Malah ketiga-tiga unsur ini disebut Donald Trump dalam
suatu nafas semasa kempen pilihanraya yang lalu, dimana beliau turut menempelak
rakyat Mexico sebagai bangsa per0g0l.

Keadaan
di Mexico sebenarnya agak berbeza daripada naratif ini. Konteksnya begini.
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura untuk bekerja.
Realiti ini tidak bermakna peluang pekerjaan di Malaysia sangatlah teruk. Cuma
manfaat geografi rakyat Johor yang berada dekat dengan Singapura membuka laluan
kepada peluang-peluang lebih baik meskipun perlu tunggu berjam di sempadan.
Jika dahulu Amerika Syarikat boleh mendabik dada dengan dominasi sistem
penjagaan kesihatan, sekarang keadaan sudah berubah.

Mexico
sebenarnya sudah menambahbaikkan kualiti hidup. Maka perbandingan antara
Amerika Syarikat bersama Kanada seharusnya menunjukkan sedikit sebanyak
kesengitan atas kedua-duanya sebagai negara maju. Bercakap menggunakan
statistik, ekonomi Kanada mempunyai saiz KDNK sebanyak AS$51,546 (2019)
berbanding Amerika Syarikat yang mencecah AS$62,869 (2018). Namun populasi
Kanada yang hanya 10% sahaja dengan angka keseluruhan Amerika Syarikat
meletakkan suatu darjat unik pada negara paling utara tersebut.

Kanada
amat menekankan kualiti perindustrian dan perkhidmatan, yang mana mereka lebih
gemar mengimport makanan. Namun negara ini seharusnya dibuat contoh sebagai
yang paling telus di dunia menurut Indeks Kesedaran Rasuah. Kanada juga masuk
dalam senarai 10 terbaik dalam perdagangan dan globalisasi. Dan sememangnya
Kanada ialah destinasi lebih mesra imigran.

Sektor Kesihatan

Namun simbol kebanggaan Kanada sebenarnya berada
pada pengurusan kesihatannya
. Sistem Amerika Syarikat tidak dipersetujui
semua, tetapi apa yang diamalkan Kanada bagi mereka bagaikan bid’ah sebuah
agama. Kanada walau bagaimanapun tidak menghiraukan apa dikatakan Amerika
Syarikat. Sebaliknya mereka berjaya
mengurniakan akses penjagaan kesihatan kepada semua penduduk
, pada bila satu dalam lima dewasa Amerika tiada
insurans kesihatan pun
. Statistik tersebut bererti 20% daripada populasi
dewasa tidak mampu membayar kos rawatan.

Lebih menghairankan,
Amerika Syarikat pula berbelanja lebih
dalam sistem penjagaan kesihatan
pada bila Kanada menanggung semua
rakyatnya. Pada tahun 2016, Kanada berbelanja 10.4% daripada KDNK mereka untuk
menanggung rawatan populasi. Manakala kos rawatan di Amerika Syarikat pula
didapati 17.8% pada KDNK, angka paling tinggi di dunia. Kanada juga menjuarai
carta bagi jangka hayat terutamanya untuk bayi.

Sektor Pendidikan

Selain
pengurusan kesihatan, Kanada telah
digelar kuasa besar pendidikan
(education
superpower
) dengan statistik kemegahan semasa. Rakyat mereka lebih cekap
dalam bacaan, matematik dan sains. Remaja Kanada juga antara yang paling berpendidikan di dunia, jauh meninggalkan Amerika Syarikat,
Perancis dan United Kingdom. 55% daripada dewasa bekerja mereka juga
berkelulusan tinggi.

Rahsia
mereka terletak pada kepelbagaian dari segi strategi. Dalam sektor pendidikan,
Kanada berfungsi bukan sebagai negara. Sebaliknya semua negeri-negeri Kanada
(atau bahasa sebenarnya wilayah) bersatu bagaikan empayar yang masing-masing mempunyai model pendidikan
sendiri
. Jika diaplikasikan dalam Malaysia, pendekatan ini meletakkan
kebebasan kepada Kedah, Perak dan Pulau Pinang sebagai contohnya untuk membuat
sistem pendidikan sendiri yang mungkin jauh berbeza berbanding Kelantan, Pahang
dan Terengganu.

Malah
dalam sekolah Kanada juga didapati banyak bangsa-bangsa imigran. Perkara ini
berterusan daripada tradisi lama yang mana satu-pertiga
anak muda Kanada datang daripada keluarga negara lain
. Pelajar-pelajar
imigran juga memerlukan tidak sampai
tiga tahun untuk berintegrasi secara sepenuhnya
bersama anak-anak tempatan
sehingga wujud suatu persaingan kental. Bererti dalam tempoh 36 bulan sahaja,
pelajar-pelajar sekolah dari rantau lain sekalipun sudah mempunyai asas dan boleh
merajai prestasi. Pendidikan Kanada mencapai suatu tahap sampai negeri-negeri
seperti Alberta, British Columbia dan Quebec sebenarnya setanding dalam sains
bersama Finland, Jepun dan Singapura. Dan semangat di sebalik kejayaan Kanada
terletak pada kesatuan.

Untuk
membangunkan sektor pendidikan, Kanada secara keseluruhan mempunyai strategi
realistic yang sama – staf terlatih,
sumber bacaan terbaik dan penilaian peperiksaan terjamin.
Peringkat persekutuan hanya melihat sekolah-sekolah mana yang sedang ketinggalan
sahaja. Langkah ini merapatkan jurang sosioekonomi ke paras 9/100 dimana
Perancis dan Singapura masing-masing mencatatkan 20/100 dan 17/100.

Senang
kata, Kanada meninggalkan Amerika Syarikat terlalu jauh dalam sektor pendidikan
dan berada setaraf dengan Persekutuan Rusia yang sudah lama mempunyai
pengalaman dalam pencapaian serta penyelidikan.

Kos Sara Hidup

Secara
rumusan, sistem percukaian Kanada lebih
tinggi
(28%) berbanding Amerika Syarikat (18%). Namun statistik mendapati
kos sara hidup di Amerika Syarikat lebih
tinggi
. Indeks kos berkaitan sewa, barang runcit dan kuasa beli di Kanada
meskipun bercukai tinggi berada pada paras 65.01 berbanding 69.91 di Amerika
Syarikat. Sebuku roti di Bandaraya New York berada pada purata 95 sen, dimana
Toronto hanya menjual pada 59 sen. Harga dada ayam di dua tempat yang sama
masing-masing ialah 1.96 dan 1.88 sekilogram. Kopi di New York jauh lebih mahal
berbanding di Toronto. Dan Toronto juga menguasai carta bagi pengangkutan dan
pakaian.

Amerika
Syarikat masih lagi jauh ketinggalan
dalam pengurusan bersalin, yang mana Akta Pelepasan Kesihatan dan Keluarga
(FMLA) hanya membenarkan cuti bersalin sealam 12 minggu… itupun tanpa gaji. Manakala Kanada memandatkan cuti bergaji melalui insurans pekerjaan wilayah kepada ibu dan bapa dengan manfaat melebihi CA$562
seminggu
.

Kesimpulan

Agaknya
tidak perlu dikatakan bahawa Kanada sebenarnya lebih baik dan maju untuk
didiami imigran-imigran dari Malaysia. Namun begitu, Amerika Syarikat merajai dua perkara yang mana Kanada
takkan sama sekali menghampiri dekat pun. Asas pertama dikuasai Amerika
Syarikat ialah hutang yang dahsyat.
Dalam sektor pendidikan tidak diceritakan pun tentang pendidikan tinggi.
Disinilah penjelasannya: universiti
membebankan rakyat
Amerika Syarikat pada kadar paling ekstrim. Purata yuran
berada pada AS$8,202 di Amerika Syarikat – manakala di Kanada pula hanyalah
CA$4,939.

Kanada
juga menampilkan permandangan debu syurga
dengan hutan-tebal serta gunung-ganang yang meluas kehijauan. Sementara itu di
Amerika Syarikat, asas kedua yang dikuasai ialah jumlah banduan yang mencecah
2.122 juta (0.65% pada populasi). Kanada berada jauh di bawah iaitu 41,145
(0.11%). Sepatutnya Kanada yang menjuarai carta ini, kerana negara ini tidak
mengamalkan hukuman m4ti. Namun entah bagaimana, China sendiri tidak boleh
menewaskan jumlah banduan meskipun dengan populasi 4.3 kali ganda lebih besar.

Rencana
ini jauh sekali menghina Amerika Syarikat. Fakta tetap fakta: Kanada lebih baik untuk dijadikan destinasi
mastautin
.

RUJUKAN:

Bolotin,
C. (2018, August 21). Four wrong beliefs you have about Mexico. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/chuckbolotin/2018/08/21/five-wrong-beliefs-you-have-about-mexico/#7750ce957a59

Coughlan,
S. (2017, August 2). How Canada became an education superpower. Retrieved from https://www.bbc.com/news/business-40708421

Reilly,
K. (2016, August 31). Here are all the times Donald Trump insulted Mexico.
Retrieved from https://time.com/4473972/donald-trump-mexico-meeting-insult/

Rogan,
J. (2019, May 6). U.S. or Canada: Which Country Is Best To Call Home? Retrieved
from https://www.investopedia.com/financial-edge/1012/u.s.-or-canada-which-country-is-best-to-call-home.aspx

Wharton.
(2017, May 19). Is Canada the Right Model for a Better U.S. Health Care System?
Retrieved from https://knowledge.wharton.upenn.edu/article/lessons-can-u-s-learn-canadian-health-care-system/

Related posts
Info

Al-Hajjaj: Pembesar Umaiyyah Yang Menghancurkan Kaabah

Info

Qadi Yang Bangkit Menyeru Umat Islam Menentang Tentera Salib

Info

Donald Trump Kecewa Parasite Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar

Info

Faraid: Bagaimana Harta Pusaka Dibahagikan?

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *