It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Info

Baru Sahaja Diperkenalkan, Rekaan Xbox Generasi Terbaru Sudah Dijadikan Bahan ‘Meme’

Jika sebelum ini konsol PlayStation antara yang banyak hadir dengan ura-ura, pencabar terdekat mereka iaitu Xbox berjaya mengejutkan ramai baru-baru ini dengan pengenalan konsol generasi terbaru mereka iaitu Xbox Series X.

Konsol yang diperkenalkan ini bakal dilancarkan secara rasmi menjelang 2020 dan bakal menjadi pencabar terdekat kepada Sony PlayStation 5.

xboxseriesx.0

Di sebalik keterujaan orang ramai terhadap model terbaru ini, rekaan yang dipamerkan telah membuatkan model ini dijadikan bahan meme setelah dikaitkan seakan sebuah peti ais atau pembersih udara. Ikuti lebih lanjut, meme yang dihasilkan oleh para netizen.

Walau bagaimanapun, Xbox Series X menjanjikan spesifikasi yang hebat buat para gamer dengan penyertaan processor AMD ZEN 2 yang dikatakan empat kali lebih berkuasa berbanding Xbox One X. Sokongan resolusi 8K, ray tracing dan paparan 120fps pastinya membuatkan pengalaman bermain game lebih mengasyikkan.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Xbox Series X, pastikan anda mempunyai ruang yang besar dan tidak tertutup bagi menempatkan Xbox Series X yang hadir dengan saiz yang besar ini.

Kami kongsikan juga info terbaru mengenai pencabar mereka iaitu Sony PlayStation 5. Khabarnya, masing-masing bakal dilancarkan pada tahun 2020.

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5

Sony PlayStation 5 Sah Akan Dilancarkan Penghujung 2020

Related posts
Info

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Info

Switch Tawarkan Pelan Ansuran Tanpa Faedah Sehingga 3 Bulan Untuk Aksesori Apple

Info

Video Imam Lari Tinggalkan Jemaah Selepas Diserbu Pihak Polis Undang Ketawa Netizen

Info

Peluk Islam Selepas Main 'Game Online', Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *