It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Bot Karam: Mayat Anggota PGA Ditemukan

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, yang merupakan mangsa bot karam dilaporkan hilang semalam, ditemukan mati kira-kira 6.20 petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan Kapten Zainudin Mohd Zuki berkata, mayat Korporal Asman Ongkal, 40, ditemukan dekat pesisir pantai Sandakan, kira-kira 1 km dari lokasi kejadian.

“Nelayan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa pertama, menemukan mangsa di kawasan yang agak cetek.

“Mangsa ditemukan lengkap berpakaian dan berkasut ketika ditemui dan telah dicam oleh ahli keluarganya,” katanya kepada pemberita di jeti APMM Zon Sandakan di sini malam ini.

Zainudin berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, sebuah bot penumpang, yang membawa 37 orang termasuk juragan, dari Pulau Tanjung Aru, 2.3 batu nautika dari sini, karam setelah berlanggar dengan kapal yang menunda sebuah bot kecil.

Mangsa hilang ketika menyelamatkan penumpang lain.

Sumber: BERNAMA


12
Mai

Related posts
Terkini

Remaja Hidap Penyakit Sampai Mata Juling & Berjalan Macam Ketam, Terpaksa Masuk Hospital Sampai 20 Kali

Terkini

ADUN & 3,144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

Terkini

Tiga Tertuduh Nafi Bergilir-gilir Cederakan Mangsa

Terkini

“Doktor Jahit Balik Gusi,” – Habit Suka Gigit Kereta Kawalan Jauh, Anak Fad Bocey Masuk Wad Bedah

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *