It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Dakwa Kerana Tabiat Hisap Vape, Pemuda Habis RM20k Buat Pembedahan Buang Tongsil Bengkak – Siakap Keli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

EVALI atau dikenali sebagai e-cigarette or vaping product use-associated lung injury telah menyebabkan sekurang-kurangnya 35 kematian dan kira-kira 1,600 individu jatuh sakit di Amerika Syarikat dipercayai berpunca daripada kandungan THC, bahan psikoaktif ganja yang digunakan dalam alat berkenaan.

Biarpun ramai yang berjaya berhenti merokok dengan beralih kepada vape, namun nampaknya alat ini turut mempunyai kesan buruk tersendiri terhadap kesihatan.

Baru-baru ini, seorang pengguna vape, Wan Muhamad Amirul berkongsi pengalamannya yang terpaksa menjalani pembedahan membuang tonsil akibat jangkitan kuman yang serius didakwa berkait dengan tabiat menghisap vape atau rokok elektronik.

Menurutnya, tonsil dan ketumbuhan dalam hidungnya berkemungkinan besar berpunca dari wap air vape yang dihisapnya. Berikut adalah perkongsiannya.

“Dari pengalaman diri saya sendiri, saya mengambil jalan mudah untuk berhenti merokok dengan menggantikan rokok kepada rokok elektronik ni. 3 bulan sebelum ini, memang terlalu kerap saya menghisap vape atau rokok elektronik. Sehinggakan saya boleh katakan taknak pada rokok! Sekarang katakan taknak pada vape,” katanya.

Dakwanya, doktor memberitahu bahawa bengkak pada tonsil dan jangkitan kuman serius yang dialaminya berkemungkinan berpunca daripada cecair vape. 

“Bila berjumpa pakar, soalan lazim pakar akan tanya, merokok ke tak? Bila yes merokok, mereka hanya tersenyum.

“Bagi pendapat saya, vape atau rokok elektronik bukan jalan yang mudah untuk berhenti merokok kerana ia tidak sesuai dengan antibodi sesetengah manusia seperti saya. Dan bukan saya nak menggalakkan merokok itu lebih baik dari vape atau rokok elektronik, tapi ia bergantung kepada diri masing-masing.

“Bukan benda main-main bila diri kita jatuh sakit. Lagi-lagi sakit bila kena bedah di tiga tempat utama.

“Saya hanya ingin berkongsi apa yang terjadi pada diri ini minggu ini dan saya kongsikan kos untuk jalankan pembedahan disebabkan masalah merokok ni.”

Menurut Healthline, tabiat merokok dan menghisap vape boleh melemahkan imuniti sekaligus menyebabkan inflamasi. Keadaan ini akan mendedahkan perokok dan penghisap vape kepada jangkitan bakteria serta mengakibatkan radang tonsil.

Tonsil yang dibuang. -Wan Muhamad Amirul
“Makanan untuk 2 minggu sementara sembuh kesan bedah tu sahabat. Perit tak terkata sakit tak terhingga. Pengalaman mendewasakan kita. Nasib baik la ada orang sudi jaga lagi. Penyakit yang cari tanggung la sendiri. 2 minggu ‘confirm’ bisu.” -Wan Muhamad Amirul

Sumber: Wan Muhamad Amirul

Related posts
Terkini

44 Individu Leka Berhibur Dalam Pub, Langgar SOP

Terkini

6 Tahun Terseksa, Budak Berusia 7 Tahun Didakwa Diseksa Ibu Angkat Hingga Alami ‘Frostbite’, Berat Tak Cecah 20 Kilogram

Terkini

"Penantian Selama 5 Tahun Untuk Dapat Baby Girl Dimakbulkan," - Isteri Tomok Cerita Dapat Tahu Hamil Lagi Pada Usia 41 Tahun

Terkini

"Ambe Tak Mampu Nak Menyekat Kecuali Hanya Menegur" - PU Syed Jelaskan Lathi Challenge Adalah Haram!

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *