It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Info

Hanya Kerana Sebuah ‘Keychain’, Wanita Ini Kongsi Detik Ditahan Imigresen

Siapa sahaja yang tidak teruja untuk bercuti? Pastinya sebelum pergi melancong, anda akan semak segala kelengkapan agar perjalanan lancar.

Akan tetapi, berbeza dengan kisah pengguna Facebook Yann Ahmad ini di group Backpackers Buddies Malaysia apabila beliau berkongsi pengalaman ditahan imigresen hanya kerana sebuah keychain.

Anda tidak salah lihat, memang betul keychain. Siapa sangka, benda kecil begini boleh menyebabkan anda ditahan. Menerusi perkongsian tersebut, beliau tidak perasan pada beg beliau terdapat keychain berbentuk peluru dan disebabkan itu beliau ditahan ketika transit di Qatar.

200016910c2e25fd2daf4ba95b317e60

Gambar hiasan. Sumber: Pintrest

Kemudian, pasport beliau diambil dan diberikan kepada pegawai bertugas. Beliau berasa takut saat itu dan mungkin akan menganggap beliau sebagai seorang pengganas kerana keychain tersebut.

Beliau dibenarkan untuk meneruskan perjalanan tetapi ketika di imigresen sebelum boarding ke Qatar ke Heathrow, sekali lagi beliau diperiksa oleh pihak imigresen. Beliau berasa lega kerana berjaya melepasi tetapi masih sedikit risau jika tiba di Heathrow dan ditahan lagi.

Selepas tiba, beliau lepasi pihak imigresen dengan lancar. Pastinya perkongsian ini dapat memberikan peringatan kepada anda untuk tidak membawa barangan yang ‘pelik’ ketika ingin melancong.

Sebelum ini, pelancong dari Malaysia ada yang ditahan imigresen di negara lain. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pelancong Malaysia Ini Ditahan Di Imigresen Korea Dan Hampir ‘Balik Hari’

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2

 

Related posts
Info

Turki Keluar Dari Kemelesetan Ekonomi Selepas PRU

Info

Kenapa Orang Putih Cuci Pinggan Dalam Dishwasher?

Info

Kedudukan Wanita Di Tanah Arab Ketika Zaman Jahiliyyah

Info

Starbucks Malaysia Tawar Promosi RM2.90 Untuk Minuman Kedua Esok

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *