It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Iran Tahan Suspek Disyaki Terbabit Nahas Pesawat Ukraine

TEHRAN, 14 Jan (BERNAMA-NNN-ANADOLU) — Pihak berkuasa Iran telah menahan beberapa suspek yang dipercayai terbabit dengan nahas pesawat penumpang Ukraine yang terhempas minggu lalu, kata jurucakap suruhanjaya kehakiman negara itu pada Selasa.

Suspek ditahan “kerana mempunyai kaitan dengan nahas pesawat,” kata Ghulam Hussein Ismaili lapor Press TV.

Suspek ditahan selepas Presiden Iran Hassan Rouhani mengarahkan penubuhan sebuah “mahkamah khas diketuai seorang hakim kanan” untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab atas tragedi itu.

Iran sebelum ini mengakui pihak tentera telah secara ‘tidak sengaja’ menembak jatuh pesawat penumpang itu dan mengatakan ia sebagai “kesilapan manusia”.

serpihan pesawat ukraine
Serpihan pesawat yang ditemui. (Kredit: Google)

Nahas berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke atas kawasan perumahan tentera Amerika Syarikat (AS) di pangkalan tentera udara Iraq, sebagai tindak balas terhadap kematian komander tertinggi tentera elit Iran Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron oleh AS berhampiran lapangan terbang Baghdad, pada 3 Jan.

Pesawat penumpang Ukraine jenis Boeing 737-800 itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran. Kesemua 176 penumpang termasuk sembilan anak kapal terkorban.

Mangsa termasuk warga Iran seramai 82 orang, Kanada (63), Ukraine (11), Sweden (10), Afghanistan (empat), Britain (tiga) dan Jerman (tiga).

Sumber: BERNAMA-NNN-ANADOLU


12
Mai

Follow Siakap Keli Di Instagram

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Related posts
Terkini

Samsung Galaxy A31 Kini Di Malaysia, Didatangkan Dengan Bateri Sebesar 5,000mAh

Terkini

Dr Mahathir, Empat Lagi Pemimpin Bersatu Bukan Dipecat Tetapi Terhenti Keahlian

Terkini

“Tak Payah Lintas Sempadan,” - Masih Tak Rentas Negeri, Yasmin Hani Syukuri Nikmat Sambut Raya Bersama Ayah & Ibu

Terkini

Fizi Kesal & Akan Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *