It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

“Jangan Marah Dan Kekal Senyum,” Lelaki Tertua Dunia Kongsi Rahsia Kehidupan

Guinness World Records mengesahkan bahawa Chitetsu Watanabe adalah merupakan lelaki paling tertua didunia, lapor CNN.

Pengesahan yang datang dengan sijil itu dibuat pada hari Rabu di sebuah rumah penjagaan orang tua-tua yang terletak di Nigata, Jepun. Menurut Guinness, umurnya kini adalah 112 tahun dan 344 hari.

Dalam temu bual yang dilakukan tahun lalu, Watanabe menyatakan bahawa rahsianya dipanjangkan umur adalah “jangan marah dan sentiasa ukir senyuman di wajah anda.”

Dia juga turut sukakan manisan antaranya ialah gula merah, namun dia lebih menggemari makanan yang berasaskan kastard berisi krim kerana tidak ada gigi untuk mengunyah makanan yang keras.

Watanabe dilahirkan pada 5 Mac 1907, dan dia juga merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik.

Dia pernah bekerja di syarikat gula selama bertahun-tahun sebelum bekerja di pejabat jabatan agrikultur Jepun sehinggalah dia bersara, kata Guinness.

Dia juga turut pernah berkhidmat sebagai tentera pada penghujung perang dunia kedua iaitu pada tahun 1944. Dia juga dikurniakan 5 orang cahaya mata dalam hidupnya.

Watanabe merupakan seorang yang aktif berkebun dan telah menanam buah-buahan serta sayuran sehinggalah umurnya mencecah 104 tahun.

Sumber: CNN


12
Mai

Related posts
Terkini

Remaja Hidap Penyakit Sampai Mata Juling & Berjalan Macam Ketam, Terpaksa Masuk Hospital Sampai 20 Kali

Terkini

ADUN & 3,144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

Terkini

Tiga Tertuduh Nafi Bergilir-gilir Cederakan Mangsa

Terkini

“Doktor Jahit Balik Gusi,” – Habit Suka Gigit Kereta Kawalan Jauh, Anak Fad Bocey Masuk Wad Bedah

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *