It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Info

Jepun Jumpa “Alien” Di Dasar Laut

Pada tahun 1991, ketika Jepun meneroka dasar laut menggunakan kamera ROV (Remoted Operated Underwater Vehicle), sejenis kenderaan robotic yang bertugas merakam keadaan dasar laut, menemui sesuatu yang begitu aneh dan menggerunkan apabila ROV tiba pada kedalaman 769 meter. 

Melihat rakaman ini, makhluk dasar laut ini kelihatan seperti sotong gergasi, mempunyai berpuluh-puluh jari-jemari. Namun ‘sotong’ ini tidak berenang seperti kebiasaan sotong lain lakukan. Ia hanya dalam keadaan static dan jari-jemarinya tetap bergerak tanpa henti seperti mencari mangsa disekelilingnya.

‘Sotong gergasi’ ini juga telah dirakam di dasar laut pinggir pantai Angola, juga menggunakan kamera ROV pada 15 Jun 2015.

Gambar 2: Penemuan seterusnya di perairan Angola

Kehadiran ‘sotong gergasi’ menarik perhatian para saintis terutamanya ahli biologi marin. Apakah sebenarnya makhluk ini yang telah lama menetap di dasar laut tanpa pengetahuan kita semua?

Sebenarnya ia adalah haiwan Siphonophorae, di mana namanya bermaksud ‘tiub yang bergantung’. Haiwan ini berada dalam kumpulan order Hydrozoan, sekumpulan dengan obor-obor. Menurut rekod dari World Register of Marine Species, kumpulan order ini mempunyai 175 buah spesis.

Haiwan ini biasanya hidup di zon permukaan laut (organisma pelagik). Namun ada antara spesis hidup di dasar laut sebagai organisma bentik. Haiwan Siphonophoe yang tinggal di zon permukaan biasanya bersaiz kecil manakala haiwan bersaiz besar tinggal di dasar laut.

Haiwan ini mudah rapuh maka bagi mengelak diri terkena arus ombak, adalah sesuai haiwan Siphonophore bersaiz besar tinggal di dasar laut yang kurang arus ombaknya. Tambahan lagi, ia mudah ditemui di dalam lautan seluruh dunia.

Tubuh haiwan Siphonophore sebenarnya unik. Ia sebenarnya organisma kolonial iaitu organisma yang pelbagai, membentuk pelbagai koloni sehingga bersatu menjadi sebuah organisma individu. Organisma kolonial ini terdiri daripada organisma bernama Zooid yang mempunyai fungsi berbeza.

Zooid adalah organisma yang membentuk dari sebuah telur yang disenyawa, kemudian membentuk sebuah organisma kolonial yang mempunyai fungsi berbeza sama ada membiak, pencernaan, mengekalkan posisi tubuh, atau berenang.

Nak mudahkan pemahaman, seunit Zooid membentuk koloni pencernaan, kemudian bergabung dengan koloni membiak dan pencernaan, sehinggalah membentuk sebuah individu bernama haiwan Siphonophore. Organisma kolonial biasanya berbentuk panjang, leper, dan lut-sinar

Haiwan Siphonophore memancarkan cahaya dari tubuh iaitu cahaya bioluminescence untuk menarik perhatian mangsa. Cahaya yang dipancarkan adalah berwarna merah, berbeza dengan cahaya bioluminescence biru dan hijau yang dihasilkan oleh haiwan akuatik lain.

Diet haiwan ini adalah ikan, ketam, udang, dan udang galah kecil. Apabila mangsa menghampiri, sesungut gastrozooid dari koloni pencernaan akan menangkap mangsa tersebut. Sesetengah spesis mempunyai jarum berbisa yang tersembunyi dalam sesungut bernama Nematocyst yang mampu melumpuhkan mangsa yang bertubuh besar.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Tambahan lagi, haiwan Siphonophore tidak berupaya untuk berenang. Ia hanya bergantung terhadap koloni untuk posisikan diri dan melakukan pecutan untuk menggerakkannya.

Sejarah penemuan haiwan Siphonophore bermula pada tahun 1758, di mana Bapa Taxanomi (pengkelasan flora dan fauna) bernama Carl Linnaeus menemui obor-obor bernama Portuguese man o’war. Aktiviti penemuan haiwan ini pada abad ke-18 Masihi adalah rendah dengan hanya menemui 4 spesis baru.

Gambar 3: Obor-obor Portuguese O’War, obor-obor yang biasa kita ditemui di kawasan pantai ini adalah berbisa

Pada abad ke-19 Masihi, 56 buah spesis Siphonopore ditemui oleh penjelajah kajian Eropah yang mengutip spesimen tersebut di kawasan pinggir pantai dan permukaan laut. Ketika ekspedisi penjelajahan HMS Challenger, lebih banyak spesis Siphonopore dikumpulkan. Ernst Haekel, ahli zoologi Jerman yang terkenal dengan banyak menamakan spesis baru di zamannya menyertai ekspedisi tersebut, kemudian mencatatkan setiap spesis yang mereka temui.

Beliau memanggilkan penemuan spesis ini sebagai ‘46 Spesis Baru’ namun dikritik keras oleh pengkaji lain kerana kebanyakan spesis yang ditemui tidak sekelas dengan Siphonophores. Namun, banyak lukisan haiwan Siphonophore yang Ernst hasilkan menjadi rujukan utama kepada ahli biologi kini. Masuk pertengahan abad ke-20, pengkaji bernama A. K. Totton memperkenalkan 23 spesis baru Siphonophores.

Sehingga kini, pada 6 April 2020, Institut Schmidt Ocean mengumumkan penemuan spesis Siphonophore baru bernama Apolemia sp. yang ditemui di ngarai dasar laut berdekatan pinggir pantai Ningaloo, Australia. Spesis tersebut mempunyai 47 meter panjangnya dan berbentuk lingkaran dengan 15 meter diameter, menjadikan ia adalah haiwan Siphonophore terbesar ditemui setakat ini,

Gambar 4: Penemuan terkini pada awal tahun 2020. Dikatakan bahawa haiwan Siphonophore ini adalah terbesar dunia setakat ini.

RUJUKAN:

Dunn, Casey W. (December 2005). “Complex colony-level organization of the deep-sea siphonophore Bargmannia elongata (Cnidaria, Hydrozoa) is directionally asymmetric and arises by the subdivision of pro-buds”. Developmental Dynamics. 234 (4): 835–845.

Schmidt Ocean Institute (9 April 2020). “New species discovered during exploration of abyssal deep sea canyons off Ningaloo”. EurekAlert!

Schuchert, P. (2019). “Siphonophorae”. World Hydrozoa Database. Retrieved 2020-05-21 – via World Register of Marine Species.

Siphonophore – Deepsea Oddities: https://www.youtube.com/watch?v=EkVY2EvFSgo

Related posts
Info

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Info

Switch Tawarkan Pelan Ansuran Tanpa Faedah Sehingga 3 Bulan Untuk Aksesori Apple

Info

Video Imam Lari Tinggalkan Jemaah Selepas Diserbu Pihak Polis Undang Ketawa Netizen

Info

Peluk Islam Selepas Main 'Game Online', Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *