It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 389 Orang Pagi Ini

KOTA BHARU, 1 Dis (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 389 orang pada pukul 8 pagi ini berbanding 198 orang pada pukul 8 malam tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, Pasir Mas menjadi jajahan terbaharu dilanda bencana tersebut selepas 179 orang dipindahkan lewat malam tadi.

Sehingga pagi ini, sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka berbanding tujuh pada malam semalam selepas lima PPS dibuka di Pasir Mas.

Lima PPS di Pasir Mas itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum membabitkan 61 mangsa, 30 orang di PPS Putat Tujoh, 64 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, 20 orang di SK Kampung Baru dan empat orang di SK Sri Kiambang.

Manakala di Tanah Merah seramai 47 mangsa telah dipindahkan ke enam PPS iaitu 39 orang di SK Kelewek, dua orang di SK Bukit Panau, 35 orang di SK Alor Pasir, 17 orang di SK Kulim, 33 orang di Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang dan 47 orang lagi di Masjid Mukim Kuala Kepok.

Machang kekal dengan 37 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Pak Roman.

Dalam pada itu laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.01 meter melebihi paras bahaya 9 meter berbanding 9.29 meter malam tadi.

Manakala Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai melebihi paras amaran iaitu 31.40 meter (amaran 31 meter).

Selain itu, tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai meningkat kepada 21.75 meter (berjaga-jaga 20 meter), Sungai Kelantan di Kusial meningkat kepada 13.52 meter (berjaga-jaga 12 meter) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah meningkat kepada 21.78 meter (bejaga-jaga 21.50 meter).

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah sekitar Sungai Kelantan dinaiki air bagaimanapun belum ada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sumber: Bernama

Related posts
Terkini

''Widowhood Effect'', Pasangan Cenderung Meninggal Dunia 3 Bulan Selepas Pasangan Mati- Kajian

Terkini

Remaja Hidap Penyakit Sampai Mata Juling & Berjalan Macam Ketam, Terpaksa Masuk Hospital Sampai 20 Kali

Terkini

ADUN & 3,144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

Terkini

Tiga Tertuduh Nafi Bergilir-gilir Cederakan Mangsa

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *