It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
ilmu

Lagu-Lagu Ketuhanan Tapi Bukan Nasyid

Lagu memang banyak memainkan peranan dalam hidup kita. Dengan lagu lah kita mengekspresikan perasaan kita, dan juga dengan lagu lah kita belajar mendengar melalui hati. Kadang-kadang lagu mampu mengubah dunia kalau ianya dimainkan tepat pada masa dan dapat menyentuh setiap sanubari yang mendengar. Melalui lagu juga, banyak mesej-mesej yang disampaikan seperti mesej mengenai dunia, cinta, dan juga ketuhanan.

Biasanya setiap mesej dalam lagu akan diselaraskan dengan genre lagu. Contoh lagu cintan muziknya mesti lah mendayu atau upbeat. Kalau lagu ketuhaan pula selalu dinyanyikan dalam genre nasyid sampai dah jadi sinonim ketuhanan dan nasyid. Tapi tak semestinya semua lagu ketuhanan dinyanyikan dalam genre nasyid.

SEJARAH NASYID

Nasyid secara jelasnya merupakan satu genre nyanyian yang berunsurkan Islam, dimana ia mengandungi puji-pujian kepada Rasullah, kepada Allah dan juga kata-kata nasihat yang jelas. Jadi nasyid ini memang sangat jelas merupakan genre yang membawa lagu berunsurkan ketuhanan. Pada asalnya, alunan muzik nasyid adalah berdasarkan alunan muzik padang pasir. Nasyid juga cukup sinonim dengan unsur qasidah dan taranum dalam nyanyian. Tapi untuk memenuhi selera pendengar, alunan nasyid kini lebih moden dan rancak. Mengikut tradisi pula, nasyid sering dimainkan menggunakan alat percussion kerana pandangan ulama yang melarang penggunaan alatan muzik yang bertali. Orang ramai pula melihat nasyid sebagai satu genre yang tulen dan sederhana.

Di Malaysia, kehebatan kumpulan nasyid pula tidak dapat dinafikan seperti kumpulan Raihan, Hijjaz, Nirwana, Rabbani dan banyak lagi. Kehebatan kumpulan nasyid pula dapat dilihat bila album Puji-Pujian dari kumpulan Raihan berjaya dijual lebih 750,000 unit. Raihan juga merupakan satu-satunya kumpulan nasyid dari Malaysia yang pernah mengadakan persembahan di Albert Hall London. Selepas dari tu, muzik nasyid lebih diterima umum dan sering mendapat perhatian di radio-radio dan juga persembahan live. Tapi selain artis nasyid, artis-artis lain pun turut memainkan lagu berunsurkan ketuhanan seperti kumpulan rock.

ANTARA LAGU-LAGU KETUHANAN BUKAN NASYID

Tak kira lah genre apa sekali pun, kalau liriknya berunsurkan ketuhanan, maka ia layak dikira sebagai lagu ketuhanan. Tetapi genre rock sering disalah erti bila membawakan lagu ketuhanan. Mungkin sebab imej kumpulan rock itu sendiri yang tidak mengambarkan seperti seorang alim. Kalau kumpulan nasyid sering dengan imej berkopiah dan berjubah, kumpulan rock pula selalu dengan imej rambut panjang, jacket kulit dan juga seluar jeans koyak di lutut. Sehinggakan muzik rock pernah dituduh mengandungi unsur-unsur syaitan. Sangat berat tuduhan ini pada ketika tu buat semua kumpulan rock.

Insiden potong rambut yang disiarkan secara langsung di RTM juga menjadi satu insiden yang besar buat pejuang muzik rock tanah air. Kerana mereka sering dikaitkan dengan imej negatif dan budaya kuning. Pada awalnya Awie tidak bersetuju juga rambutnya di potong secara live, tapi demi perjuangan muzik rock dan ingin buktikan yang kumpulan rock sebenarnya tak jahat, maka dia merelakan rambut dipotong. Jadi agak sukar sebenarnya untuk orang menerima muzik rock yang membawa lagu berunsurkan ketuhanan bila banyak benda negatif yang dikaitkan dengan mereka.

Cuba tengok bait lirik lagu Bila Diri Disayangi dari kumpulan Ukays:

Engkau pertama, tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya

Izinkahlah aku menumpang di sini

Di bawah naungan kasih dan sayang Mu

Ku berserah diri

Lirik lagu ni kalau diperhatikan ditujukan bukan untuk awek-awek tetapi kepada Tuhan Yang Maha Esa. ‘Engkau pertama’ tu bukan lah awek yang pertama. So lagu ni terletak di bawah kategori lagu ketuhanan. Contoh lagu rock lain yang bunyinya keras tapi sebenarnya berunsurkan ketuhanan adalah seperti lagu Mentari Di Ufuk Timur nyanyian kumpulan Search.

Bait lagu nampak macam nak cakap kekasihnya yang telah pergi dan perasaan rindu yang ada di kalbu. Tapi sebenarnya lagu Mentari Di Ufuk Timur menceritakan tentang kehidupan selepas mati. Walaupun vokal Amy Search keras dalam lagu ni, ianya tetap menjadi sebuah lagu yang memberi nasihat tentang dunia dan alam selepas mati. Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu ketuhanan yang bukan genre nasyid seperti lagu Alhamdulillah yang dimainkan dalam genre Hiphop. Jadi lepas ni boleh lah dengar balik lagu-lagu lama dan buat pentafsiran baru terhadap lagu tu.

KATALAKI: Lirik-lirik lagu zaman dulu memang kebanyakkannya penuh nasihat…

Related posts
ilmu

Wajib Tahu Season Terbaharu The Umbrella Academy

ilmu

Filem-Filem Yang Diharamkan Sebab Terlalu ‘Disturbing’

ilmu

Mana Datangnya Lathi Challenge? | THELAKI

ilmu

Resepi Acar Ikan Tongkol⁣ • Resepi Bonda

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *