It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

“Lepas Dia Aminkan Doa, Saya Yang Call Dia. Jodoh Kan?,” – Saharul Cerita Hajat Isteri… Kalau Dah Tertulis Di Luh Mahfuz

Meraikan hari jadi isteri tecinta dengan memberi titipan istimewa, pelakon Saharul Ridzwan mengimbau memori menerusi perbualan telefon sebelum berkahwin.

Kongsinya, empat tahun lalu dia berusaha untuk menghubungi Qaabila Deena Emir untuk mengucapkan ‘happy birthday’ kepada kekasihnya itu.

“12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply!

“So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?”
“Belum”
“Ada boyfriend?”
“Tak ada”
“Sy nak kahwin dengan awak”,” kongsinya.

Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Deena mendedahkan bahawa dia berdoa agar dipertemukan jodoh.

Ternyata, selepas berdoa, Saharul adalah jejaka yang menelefonnya dan mengucapkan hari jadi buatnya.

“Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia.

“Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan?

“Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. @deenaemir,” tulisnya.

View this post on Instagram

12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply! 😆 . So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?” “Belum” “Ada boyfriend?” “Tak ada” “Sy nak kahwin dengan awak” . Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan? 😌 . Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. ❤️ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Terdahulu, Saharul berkahwin dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan kini Deena sedang hamil anak kedua.

Video : Instagram Saharul Ridzwan

Related posts
Terkini

Hasil Ujian Klinikal Penawar Covid-19 Diketahui Tiga Minggu Lagi: WHO

Terkini

Ainul Ikut Walid Pergi Kedai Dan 'Tolong' Tengok Pelanggan, Buah Hati Ramai Semakin Comel

Terkini

Terpulang Kepada Saya Bila Nak Letak Jawatan

Terkini

Kes Disahkan Terkini Seorang Pelajar, Pekerja DBS Dibenarkan Pulang

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *