It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

“Memang Tak Penting Pun Cerita Aku Ni. Nak Baca, Bacalah. Ko Tak Nak Baca Sudah,” – Feeya Iskandar

Penyampai radio Suria.FM, Feeya Iskandar ada meluahkan rasa terhadap komen yang ditinggalkan segelintir netizen berkenaan artikel mengenai dirinya yang disiarkan di sebuah portal hiburan.

Katanya, dia hanya menjawab perkara yang ditanya media dan akui berita mengenai dirinya tidaklah penting serta terpulang kepada pembaca untuk membaca atau sebaliknya.

Artikel yang disiarkan berkaitan dengan perkongsian dia dan suami yang menjaga dua anak secara bergilir-gilir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak pertengahan Mac lalu.

“Tq @mstaronlineofficial walaupun tgk dkt komen tu.ada yang kata,okey perlu bitau jiran ke? hello dah wartawan tanya aku jawab la,mmg tak penting pun cerita aku ni.

“Nak baca, baca lah ko x nk baca sudah. korang puasa ke tak ni? hari2 nk kecam org..pepagi dah buat mood hilang. apa pun bersihkan hati bersihkan jiwa. peace yaw!,” tulisnya pada entri tersebut, hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pandangan dan meminta bintang radio tersebut tidak menghiraukan reaksi negatif yang ditinggalkan.

Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nurashid Abd Wahab pada Mei 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua permata hati lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

Related posts
Terkini

Masih Terlalu Awal Untuk Buat Keputusan Tamatkan PKPB- KP Kesihatan

Terkini

“Jangan Sampai Diperbodohkan...,” - Along Cham Ingat Pesan Ibu, Hati-Hati Cari Jodoh

Terkini

Samsung Galaxy A31 Kini Di Malaysia, Didatangkan Dengan Bateri Sebesar 5,000mAh

Terkini

Dr Mahathir, Empat Lagi Pemimpin Bersatu Bukan Dipecat Tetapi Terhenti Keahlian

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *