It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Mengapa Bayi Lebih Teruja Dengan Ibu? Wanita Ini Kongsi Apa Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menyusukan anak sememangnya memenatkan bagi seorang ibu. Terutama bagi mereka yang bekerja. Tidur malam turut terganggu kerana perlu berjaga di tengah-tengah malam untuk menyusukan anak.

Kadang-kadang ada ibu yang lebih memilih untuk memberikan anak-anak mereka susu formula. Namun, khasiat susu ibu jauh lebih bagus untuk tumbesaran anak-anak.

Menurut satu perkongsian daripada pengguna facebook, Nad Masrom mengenai susu ibu mengandungi perasa yang berbeza-beza pada setiap hari membuatkan anak lebih teruja bila berjumpa ibunya.

Kenapa susu ibu buat baby excited bila nampak mak dia?

Suami beritahu, Fatimah kalau nampak ibu dia macam nampak ayam goreng panas. Muka teruja sambil senyum sampai ke telinga.

Kredit Foto: todayshow

Tangan dan kaki mesti tergedik-gedik minta diambil cepat. Muka tersengih dia tu.. adohaiii, mak nak tersandar baring pun tak jadi lerrrr. Memang cair habis!

Terpaksa mengalah kat pandangan mata dia yang berkaca-kaca tu walaupun sekarang Fatimah siap bagi pakej ‘tarik + rentap + lepas’ kat ibu dia. Haha!

Ajaibnya susu ibu ialah rasanya berubah setiap hari mengikut pemakanan ibu itu sendiri.

Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak ibu dia (walaupun sebelum tu baru je menyusu sebotol). Sebab dia excited nak cuba ‘flavour’ baru susu ibu dia.

Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan? Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa ‘menu’ berlainan dari susu ibu dia sendiri.

Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi.

Apa yang ibu makan dapat ‘dirasai’ oleh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi.

Selepas dilahirkan, bayi mula belajar mengenal rasa itu melalui susu ibu. Dan kalau mommies perhatikan, apa yang mommies suka makan selalunya sewaktu mengandung atau menyusu, juga akan digemari oleh anak kita nanti.

Kredit Foto: cafemom

Nak ajar anak suka makan sayur pun lebih mudah bila perkenalkan dengan sayur yang biasa dimakan oleh kita sendiri.

“The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables – BREASTFEED THEM”

So mak-mak pula macam mana? Ada tak yang alami pengalaman macam ni?

Nad Masrom
Kakak Susu merangkap ayam goreng Fatimah

Sumber: Nad Masrom

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Related posts
Terkini

JPJ Buka Sektor Latihan, Pengujian Pemandu 1 Jun Ini

Terkini

“Indonesia, Terserah,” - Frontliner Malaysia Titip Kata Semangat Buat Frontliner Indonesia #Indonesiabisa

Terkini

Kourtney Kardashian Punca Hubungan Sofia Richie & Scott Disick Berakhir?

Terkini

'Saya Masih Lagi Pengerusi' - Dr M

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *