It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
ilmu

Newcastle United Bakal Bergelar Kelab Bola Sepak Terkaya Di Dunia?

Bukan perkara yang pelik sekiranya ada di antara kita merupakan penyokong sejati Newcastle United. Ditubuhkan sejak tahun 9 Disember 1892, Newcastle United pernah berada di puncak terutama sekali ketika dibimbing oleh Kevin Keegan yang memiliki beberapa ayam tambatan yang membarisi skuadnya antaranya Alan Shearer dan Les Ferdinand sekitar tahun 1992 sehingga 1997.

Pernah menjulang piala liga perdana Inggeris sebanyak 4 kali sebelum Premier League diperkenalkan, Newcastle United mula mengalami zaman kejatuhan pada tahun 2005 apabila menamatkan saingan Premier League musim 2004/05 di tempat ke-14, hampir jatuh ke liga bawahan. Prestasi Newcastle United yang terumbang-ambing dalam Premier League menyebabkan Newcastle United terpaksa akur diturunkan ke liga bawahan pada tahun 2009, pertama kali dalam sejarah. Bukan sekali, tapi dua kali Newcastle United pernah turun ke liga bawahan, kali ke-2 berlaku pada tahun 2016.

Kini, nama Newcastle United kembali menjadi bahan bualan ramai selepas Newcastle United dikatakan bakal dibeli oleh orang kaya Arab. Buat masa ni, Newcastle United masih lagi dimiliki oleh jutawan dari England, Mike Ashley sejak tahun 2007. Kebencian penyokong Newcastle United terhadap Mike Ashley dah tercetus sejak di peringkat awal Mike Ashley menjadi pemilik Newcastle United apabila memecat Kevin Keegan yang kembali ke Newcastle United sebagai pengurus untuk kali ke-2 pada tahun 2008. Sejak dibenci oleh penyokong Newcastle United, Mike Ashley pernah cuba menjual Newcastle United tapi gagal untuk mencari pembeli.

Pada tahun 2020, impian penyokong Newcastle United untuk melihat kelab bola sepak kesayangan dipimpin oleh pemilik baru mungkin menjadi kenyataan selepas sebuah syarikat pelaburan terkaya di Arab Saudi yang diterajui oleh Mohammed bin Salman, juga merupakan putera Arab Saudi dilaporkan berminat untuk membeli Newcastle United daripada Mike Ashley.

Kalau Newcastle United berjaya dibeli oleh putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman, Newcastle United bakal menjadi salah satu kelab bola sepak terkaya di dunia, meninggalkan Arsenal yang dimiliki oleh Stan Kroenke, Chelsea yang dimiliki Roman Abramovich dan Manchester City yang dimiliki oleh Mansour bin Zayed jauh di belakang. Tapi bukan sekelip mata Newcastle United boleh bersaing dengan kelab ternama Premier League yang lain, mungkin akan mengambil masa beberapa tahun seperti yang dilakukan oleh Manchester City.

KATALAKI: Kalau perjanjian pembelian Newcastle United berjaya dicapai, semakin meriah lah saingan Premier League untuk merebut tempat bersaing di UEFA Champions League.

Related posts
ilmu

Wajib Tahu Season Terbaharu The Umbrella Academy

ilmu

Filem-Filem Yang Diharamkan Sebab Terlalu ‘Disturbing’

ilmu

Mana Datangnya Lathi Challenge? | THELAKI

ilmu

Resepi Acar Ikan Tongkol⁣ • Resepi Bonda

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *