It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Pernah Tolak Tawaran Universiti Kerana Bapa Diserang Strok, Kini Berjaya Peroleh Anugerah Pelajaran Diraja

Kejayaan tidak akan pernah dimiliki dengan mudah. Setiap orang perlu menghadapi pelbagai jalan yang berliku dalam apa jua impian dan cita-cita yang diinginkan.

Namun, matlamat dan semangat yang utuh menjadi senjata penting yang akan memusnahkan segala tembok yang menghalang kita untuk terus maju ke hadapan.

Sama kisahnya dengan seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  ini yang baru sahaja mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Sains Bioperubatan.

Farahana Mohamed telah menerima Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Konvokesyen UKM Ke-47 kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam pelajaran dan juga keaktifan beliau dalam persatuan dari peringkat universiti sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

Kredit Foto: UKM

Dalam mendapatkan anugerah itu, beliau melalui perjalanan yang penuh liku. Pada awalnya beliau mendapat tawaran dari  Universiti Malaysia Sarawak selepas menamatkan program Asasi Sains tetapi terpaksa menolak kerana pada waktu itu ayah beliau diserang strok.

“Ayah yang sebelum ini bekerja sebagai buruh kasar tidak boleh lagi meneruskan kerja hariannya. Tidak sanggup saya nak meninggalkan keluarga dengan keadaan ayah yang terlantar sakit.

“Jadi, saya buat keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat diploma. Memanglah rugi, tetapi itu yang terbaik bagi saya,” katanya.

Disebabkan itu, beliau menyambung Diploma Mikrobiologi di Universiti Teknologi MARA, Kuala Pilah dan terus bekerja secara kontrak di sebuah syarikat di Kelantan bagi membantu keluarganya di samping mengatur langkah hidup beliau yang seterusnya.

Farahana seterusnya diuji dengan ibunya yang jatuh sakit dan menjadikan beliau hanya boleh bergantung harap kepada adik beradik perempuannya yang telah mempunyai pekerjaan.

Apabila diterima masuk di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menjadi pelajar yang sangat aktif berpersatuan dan membolehkannya menerima Anugerah Pelajaran Diraja.

Beliau mengakui bahawa semua kejayaan yang dikecapi hari ini bermula dari doa, sokongan, keringat, bimbingan dan harapan semua insan yang berada disekelilingnya.

Sumber:UKM.my

Related posts
Terkini

Hasil Ujian Klinikal Penawar Covid-19 Diketahui Tiga Minggu Lagi: WHO

Terkini

Ainul Ikut Walid Pergi Kedai Dan 'Tolong' Tengok Pelanggan, Buah Hati Ramai Semakin Comel

Terkini

Terpulang Kepada Saya Bila Nak Letak Jawatan

Terkini

Kes Disahkan Terkini Seorang Pelajar, Pekerja DBS Dibenarkan Pulang

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *