It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

“Rambut Jantan Lagi Leceh Pada Perempuan,”- Faezah Elai Ubah Gaya Rambut Suami Jadi Ala Artis Korea, Ramai Kata Tampan!

Pelakon, Faezah Elai ada berkongsi momen menerusi laman media sosial Instagram miliknya, merakam situasi lucunya bersama suami, pengarah Heykal Hanafiah baru-baru ini.

Kongsi pelakon berusia 37 tahun ini, dia telah membawa suaminya ke sebuah salon rambut untuk mengunting rambut lalu meminta ‘stylist’ salon berkenaan untuk tukar mengubah gaya potongan rambut suami sebagaimana kebiasaannya.

“Well.. normally i entered the saloon sbb nk trim rambut anak.. kali ni masuk saloon nk suruh stylist potong rambut En. Heykal.. and selalunya dia potong kt kedai mamak ja, tu yg rambut dia hura hara,so this time i decide nk potong style kpop Umoq 46 kpop la sgt..nasib lah dpt bini tingtong..

“So as we entered the saloon,i show him the kpop star photo which I don’t even know his name.. Then stylist tu tanya, yg tepi tu u mau 0.5 or 1.0?? I was like what??!! Ingatkan dermaroller ja ada size 0.5 and 1.0,” maklumnya.

Pada masa sama, pelakon berusia 37 tahun ini juga akui potong rambut lelaki sebenarnya lebih leceh berbanding wanita.

“Rambut jantan lg leceh pd pompuan.. jenuh nk pi cari ruler nk ukuq And my husband was like I tak tau u tanya i punya bini

“Soooo its a Yeay or Nay? (Sapa ckp nay,hakak report IG ampa!!). #faezahelaithestylist #inakhandbagbaru #mamupenangrambutkpop #craycraywife #HeykalhanifahIsSoProudOfHisWife,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan pula, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut memuji penampilan suaminya yang tampak berbeza.

Sekadar informasi, Faezah diijab kabulkan dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

Foto: Instagram Faezah Elai

Related posts
Terkini

Hasil Ujian Klinikal Penawar Covid-19 Diketahui Tiga Minggu Lagi: WHO

Terkini

Ainul Ikut Walid Pergi Kedai Dan 'Tolong' Tengok Pelanggan, Buah Hati Ramai Semakin Comel

Terkini

Terpulang Kepada Saya Bila Nak Letak Jawatan

Terkini

Kes Disahkan Terkini Seorang Pelajar, Pekerja DBS Dibenarkan Pulang

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *