It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

“Saya Berikan Masa 24 Jam Kepada Pihak Di Sana…,” – Sekiranya Gagal, Rakan Baik Bekas Isteri Da’i Farhan Sedia Kemukakan Saman

Processed with VSCO with b1 preset

Ches Al-Maliki yang juga rakan baik kepada bekas isteri Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain memaklumkan saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik.

Perkara tersebut disampaikan wanita itu menerusi satu status yang dimuat naik menerusi Facebook, pada Rabu.

Menurutnya, ia telah disampaikan melalui keluarga namun menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan secara terbuka mengenai penarikan saman terbabit.

Ches pada masa sama turut memohon agar pihak berkenaan menghantar surat rasmi selain membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video.

Bagaimanapun, Ches tidak menyatakan secara terperinci siapakah pihak yang dimaksudkan berdasarkan kenyataan di platform Facebook itu.

Berikut merupakan makluman Ches mengenai perkara itu;

Terdahulu, pendakwah bebas Da’i Farhan pernah mendedahkan seorang wanita yang didakwa rakan baik bekas isterinya telah menulis surat terbuka berhubung kisah rumah tangganya.

Tindakan tersebut berkemungkinan dibuat kerana mahu membalas dendam selain tidak boleh menerima hakikat bekas isterinya hidup bermadu.

Foto: Facebook Ches Al-Maliki

Related posts
Terkini

Adakah Solat Kita Sah Jika Terdapat Najis Pada Badan?

Terkini

Perintah Berkurung Di Los Angeles County Ditarik Balik

Terkini

"Kami Beli Baju Raya Atas Talian, Mujur Sempat Sampai," - Raja Ilya Kenangkan Keluarga Di Malaysia, Suami Buat Rumah Terbuka Raya Di Perth

Terkini

44 Individu Leka Berhibur Dalam Pub, Langgar SOP

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *