It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Info

Secret Soldier of Benghazi (2016) Mengingatkan Aku Pada Special Boat Services

Baru lepas layan filem Secret Soldier of Benghazi. Aku syok
cerita ni bila operator dalam cerita ni berpakaian casual kemudian ditambah
ammo vest. Tanto pakai seluar pendek jer dalam movie tu sambil pegang erat FN
minimi, gila stail.

Filem ni pasal enam orang bekas tentera US yang diupah oleh
CIA untuk menjaga keselamatan sebuah markas CIA di Libya. Benghazi ialah sebuah
daerah kecil di Libya. Benghazi terletak berdekatan kawasan laut Mediterranean,
kira-kira 600km dari sempadan Mesir.

Tak nak lah cerita pasal geopolitik Libya-US atau campur
tangan CIA dekat negara ni, itu bukan niche aku. Hari ni aku nak cerita pasal
satu unit dari UK yang power.

Special Boat Services – SBS

Unit ini dibawah Special Forces Corps sebaris dengan unit
yang agak terkenal dengan kehebatan anggota mereka iaitu Special Air Services
(SAS). Unit ini juga digelar sebagai ‘adik’ kepada SAS. Keduanya berada dibawah
Pasukan Tindakan Khas United Kingdom ( UK Special Forces Group)

Semasa era perang dunia kedua, satu seksyen ditubuhkan dan
dinamakan Special Boat Section. Walaupun semasa awal penubuhan unit ini penuh
dengan masalah kekurangan peralatan khusus dan peralatan untuk latihan, unit
ini tetap berjaya dalam peranannya semasa operasi. Objektif pasukan ini
ditubuhkan ialah untuk digerakkan dalam operasi amfibia, serbuan dari air ke
darat, seperti pelabuhan atau kapal.

Selepas tamatnya perang, peranan unit ini telah diambil alih
oleh Royal Marines. Unit ini kemudian dikembangkan dan namanya ditukar beberapa
kali dan kekal sebagai Special Boat Services (SBS). Berdasarkan rekod, anggota
SBS hanya sekitar 200 orang dan dipecahkan kepada empat skuadron.

Semua anggota SBS dilatih dengan latihan payung terjun,
penyelam tempur, dan pengendali bot dan dalam penggunaan kapal selam mini dan
bot pantas. Motto pasukan ini ialah ‘By Strengh and Guile’ yang membawa maksud
‘Dengan Kekuatan dan Licik’. Anggota pasukan ini juga kerap mengadakan latihan
dan operasi kerjasama dengan pasukan Navy Seal US.

Carta pasukan tindakan khas di UK
SBS di Pulau Tora Bora, Afghanistan.
Anggota SBS di Afghanistan

Perbezaan antara anggota Navy Seal dengan pakaian tempur
lengkap dan anggota Special Boat Service dengan pakaian kasual. Jaket macam nak
pergi memancing dah yang sorang tu…

Selain dari anggota 22 SAS yang digerakkan untuk membantu Malaysia semasa konfrontasi Indonesia, anggota unit ini juga ada sama semasa proses melatih pasukan keselamatan malaysia yang masih baru.

Anggota SBS juga diarahkan untuk melatih tentera vietnam utara semasa menentang vietnam selatan yang dibantu US Marines. Kebanyakan operasi pasukan ini ialah rahsia dan sulit, tidak banyak maklumat tentang operasi mereka.

Malaysia mana tahu nak tubuhkan pasukan begini. Kau pakai
jelah apa kau selesa asalkan tak menggangu pergerakan semasa dalam medan. Mana
tahu nanti akan ada. Atau mungkin sudah ada tapi tidak diketahui.

RUJUKAN:

  1. Alexander Alderson (2015) Special Boat Service, British Special-Operations Force. https://www.britannica.com/topic/Special-Boat-Service

Related posts
Info

Al-Hajjaj: Pembesar Umaiyyah Yang Menghancurkan Kaabah

Info

Qadi Yang Bangkit Menyeru Umat Islam Menentang Tentera Salib

Info

Donald Trump Kecewa Parasite Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar

Info

Faraid: Bagaimana Harta Pusaka Dibahagikan?

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *