It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
ilmu

Sejarah Tengok Anak Bulan Di Malaysia

Pasti setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri, kita akan ternanti-nanti pengumuman raya daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan tahun ini diumumkan oleh Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. Penentuan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ditentukan melalui penampakan anak bulan. Anak bulan dicerap menggunakan teleskop dan sekiranya kelihatan maka ia menandakan kita telah memasuki bulan Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri.

Tapi sebenarnya di Malaysia, sebelumnya ada teknik pencerapan anak bulan ni, pengumuman hari raya dilakukan berasingan bagi setiap negeri. Sebab tu ada sejarah di mana negeri Perak dan Johor sambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari dari negeri-negeri lain. Dan waktu dulu, tarikh Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri selalu tak sama dengan negara-negara jiran walaupun bersebelahan je.

PERMULAAN MELIHAT ANAK BULAN

Sejarah melihat anak bulan bermula di Johor pada tahun 1933 yang diketuai oleh Datuk Al Syed Salaim bin Syed Hassan Al-Attas. Menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang kebetulan terletak di tepi pantai dijadikan lokasi untuk melihat anak bulan pada waktu itu. Sebelum adanya kerjasama dengan Jabatan Ukur, amalan melihat anak bulan hanya dilakukan dengan mata kasar.

Sebab itulah tempat-tempat melihat anak bulan dilakukan di sekitar dataran tinggi dan tepi pantai di mana ketika matahari terbenam dapat dilihat. Bermula dari situ, penentuan puasa dan Hari Raya semata-mata bergantung kepada amalan melihat anak bulan. Kalau bulan tidak kelihatan atas faktor cuaca, maka esoknya digenapkan terus kepada 30 hari.

Bila Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, bermula tahun 1972, penentuan tarikh penting bagi umat Islam ini ditentukan melalui pencerapan anak bulan dan juga kaedah kiraan kalendar. Jika atas faktor cuaca anak bulan tidak kelihatan, maka kaedah kiraan kalendar akan digunakan di mana anak bulan telah melepasi 8 jam selepas matahari terbit.

Kaedah ini berjalan dengan sempurna sehingga lah pada tahun 1977 di mana Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam menerima rumusan daripada Seminar Pentadbiran Undang-undang Jenayah dan Keluarga Islam yang diadakan di Kedah, menyatakan tarikh puasa dan Hari Raya hanya boleh ditentukan dengan kaedah melihat anak bulan sahaja.

PUASA DAN RAYA LEWAT SEHARI

Kesan daripada rumusan untuk menggunakan kaedah melihat anak bulan sahaja, maka negara kita pada ketika itu selalu lewat sehari berpuasa dan raya dari negara jiran lain. Bila bulan tidak kelihatan, maka Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam akan mencukupkan bulan tersebut kepada 30 hari. Sedangkan di dalam bulan Islam, kita akan berselang antara 29 dan 30 hari. Pada zaman Rasulullah s.a.w pun selama tempoh 10 tahun berpuasa, hanya sekali je baginda berpuasa selama 30 hari.

Kemuncak kepada kontroversi ini adalah pada tahun 1981 apabila kerajaan menetapkan penentuan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri hanya ditentukan melalui kaedah melihat anak bulan semata-mata. Pada tahun tersebut, jika mengikut kaedah kiraan, bulan Ramadan akan jatuh pada 2 Julai 1981, tetapi atas faktor kelewatan rombongan melihat anak bulan dan jugak faktor cuaca yang agak buruk, bulan Ramadan diiystiharkan jatuh pada 4 Julai 1981. Hal ini telah menimbulkan masalah semasa menentukan hari raya pada tahun yang sama. Jelas Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri lewat sehari pada tahun 1981 berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Pada tahun 1984, kedua-kedua kaedah menentukan tarikh Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri digunakan semula.

KATALAKI: Bukan senang-senang nak tentukan Hari Raya dengan tengok anak bulan je…

Related posts
ilmu

Wajib Tahu Season Terbaharu The Umbrella Academy

ilmu

Filem-Filem Yang Diharamkan Sebab Terlalu ‘Disturbing’

ilmu

Mana Datangnya Lathi Challenge? | THELAKI

ilmu

Resepi Acar Ikan Tongkol⁣ • Resepi Bonda

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *