It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Info

Selangor Umum Bakal Teruskan E-Bazar Untuk Ramadan

Semalam, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa tiada bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, Kerajaan Selangor tetap akan meneruskan konsep jual beli secara e-Bazar sepanjang Ramadan tetapi dengan memastikan jarak sosial serta keselamatan pembeli dan penjual diutamakan.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya yakin konsep berkenaan boleh diteruskan di Selangor tetapi perlu mengekalkan disiplin serta kawalan sedia ada.

“Jika kita benarkan restoran untuk beroperasi bagi tempahan dan hantar jadi kenapa kita tidak boleh benarkan bazar yang konsep lebih tersusun serta terkawal?

“Menerusi e-Bazar, kita tidak akan membenarkan pembelian terus (walk in) sebaliknya kita akan sediakan dapur berpusat (central kitchen) untuk pengumpulan (juadah) manakala pengambilan dan penghantaran akan dilakukan oleh syarikat e-hailing,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, 15 lokasi sudah dikenal pasti untuk dijadikan dapur berpusat. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai kesesuaian lokasi berkenaan.

e-Bazar ini bagaimanapun tidak dapat menampung semua peniaga bazar Ramadan kerana kekangan dari segi logistik.

“Pembeli juga tidak boleh mengharapkan e-bazar ini seperti bazar Ramadan yang kebiasaan kita pergi kerana menu yang akan disediakan lebih terhad dan sekadar memenuhi permintaan pembeli,” katanya kepada Harian Metro.

Kerajaan negeri akan mengumumkan kaedah pendaftaran untuk peniaga e-bazar dalam masa terdekat. Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah mengumumkan kerjasama dengan Grab untuk perkhidmatan e-Bazar Ramadan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Grab Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Bangunkan Perkhidmatan E-Bazar Ramadan

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP

Rumusan Selangor Prihatin 2.0: Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Bantu Semua Golongan

Related posts
Info

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Info

Switch Tawarkan Pelan Ansuran Tanpa Faedah Sehingga 3 Bulan Untuk Aksesori Apple

Info

Video Imam Lari Tinggalkan Jemaah Selepas Diserbu Pihak Polis Undang Ketawa Netizen

Info

Peluk Islam Selepas Main 'Game Online', Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *