It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Subsidi ‘Car Seat’ 2020 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Dibawah RM3,000

Kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bermula 1 Januari tahun depan bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Terbaru, BMW Malaysia dengan kerjasama Safe’ n Sound dan Childline Foundation memperkenalkan subsidi kerusi keselamatan ini bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3,000.

PROGRAM SUBSIDI CARSEAT ANJURAN BMW

Melalui program tersebut, anda boleh membeli carseat berjenama snskidz Ace pada harga serendah RM100 sahaja (harga biasa RM199 seunit).

Cara penyertaan cukup mudah. Anda hanya perlu:

  1. Isi borang pendaftaran di sini
  2. Sekiranya terpilih anda akan menerima emel pengesahan
  3. Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe’n Sound di Glenmarie, Shah Alam.

Sila bawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil carseat baru anda.

SYARAT PENYERTAAN

Berikut adalah syarat penyertaan program subsidi carseat ini.

  • Terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Peserta mestilah bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg
  • Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000
  • Setiap orang hanya layak untuk satu penyertaan
  • Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima
  • 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
  • Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak
  • Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak
  • Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  • Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja
  • Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe ‘n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan
  • Setiap pendaftaran di Program Subsidi ini akan dianggap sebagai menerima terma dan syarat ini
  • BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubahsuai terma dan syarat ini. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa sebaik sahaja laman sesawang ini di kemas kini
  • BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound juga berhak untuk membatalkan Program Subsidi ini sekiranya keadaan berada di luar kawalannya
  • Data peribadi anda akan dikumpulkan oleh BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound untuk tujuan Program Subsidi ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.

Untuk info lanjut atau pertanyaan lain, anda boleh hubungi terus pihak Safe ‘n Sound di talian 03-58702284.

Sumber : Safe ‘n Sound

Related posts
Terkini

Remaja Hidap Penyakit Sampai Mata Juling & Berjalan Macam Ketam, Terpaksa Masuk Hospital Sampai 20 Kali

Terkini

ADUN & 3,144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

Terkini

Tiga Tertuduh Nafi Bergilir-gilir Cederakan Mangsa

Terkini

“Doktor Jahit Balik Gusi,” – Habit Suka Gigit Kereta Kawalan Jauh, Anak Fad Bocey Masuk Wad Bedah

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *