It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
ilmu

Tak ada RM 500 ribu tapi nak mulakan perniagaan? Check this out!

ZAMAN sekarang ni perempuan dah boleh buat macam-macam. Kita tak lagi berharap orang lain yang akan beri kesenangan kepada kita. Tapi kita sendiri yang akan bangun dan menjadi best version of ourselves

Sebut je la nama-nama macam Neelofa, Vivy Yusof, Faiza Bawumi, dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Masing-masing terkenal dengan kesungguhan dan kegigihan untuk berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Bukan itu sahaja, pengaruh mereka pun sangat besar sehingga berjaya mencipta sesuatu trend dekat dalam negara kita sampai menjadi ikutan semua orang. Barulah a woman on mission, bak kata lagu Fazura!

Sebenarnya, korang pun boleh jadi macam mereka ni. Nama korang akan meniti di bibir rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, korang pun boleh menjadi ikon sehinggakan orang ramai akan meminta pandangan korang tentang sesuatu perkara. Apa yang korang perlukan hanyalah keberanian.

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, SUPERB ialah landasan yang paling tepat untuk korang jual produk dan idea yang orang ada. Korang hanya perlu membentangkan produk korang dengan idea paling kreatif dan inovatif. Siapa yang paling gempak boleh menang geran untuk mulakan perniagaan korang. Hey, bukan cikai-cikai tau duit yang diorang nak bagi. Bukan RM100, bukan RM200, tapi  RM100,000!

via GIPHY

Girl, girl, girls tengok ni antara pemenang yang telah menceburkan diri dalam program Superb. Siapa sangka, dari minat bertukar kepada perniagaan yang boleh menjadikan sumber kewangan dan menjana wang ribu riban ke dalam poket korang. Hah SUPERB bukan?!

Dr. Mariani Binti Abdul Hamid (Series 2 2016)

Syarikat: Cosmeceutical Sdn Bhd

Negeri: Johor

Projek: DERMAGs Skin Solution

Pencapaian: 

  • Jualan terkumpul RM17.3 juta
  • 4,000 ejen & stokis seluruh Malaysia termasuk Singapore, Indonesia dan Brunei
  • Pemenang tempat pertama Anugerah Pengkomersilan Produk di Malaysia (2018)

Associate Prof. Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar (Series 3 2014)

Syarikat: She Empire Sdn Bhd

Negeri: Johor

Projek: Produk Kecantikan Tanpa Bahan Kimia (Ekstrak Tumbuhan Tempatan)

Pencapaian:

  • Jualan tahunan sebanyak RM 500 ribu dan profit tahunan sebanyak RM100 ribu.
  • Pengumpulan Ejen dan Ahli seramai 200 orang.
  • Menerima Anugerah Winner of a national pitching competition dan Program SUPERB oleh TERAJU.
  • Menjadi penaja rasmi Pertandingan dan Pameran Bioteknologi Antarabangsa ke-4 pada April 2018 di Dewan Sultan Iskandar, Johor.
  • Penaja Rasmi Persidangan Antarabangsa Separation Technology pada April 2017 di Pulai Spring Resort, Johor.
  • Menerima Anugerah Dana Business Facilitation Fund  oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk pembelian dan pensijilan peralatan sebanyak RM 160,000 ribu.
  • Anugerah dana CIP300 oleh Cradle for marketing and showcases of commercialized products Nature Kiss 100% Natural Lip Moisturiser from Local Plants sebanyak RM300,000 ribu dan RM 20,000 ribu pada June 2014.

via GIPHY

Sebenarnya idea dan kreativiti adalah sebuah anugerah agar kita boleh memberi kebaikan kepada masyarakat. Cuma, mungkin korang belum menjumpai mana-mana jalan untuk memastikan idea korang itu diketengahkan. Jadi, ada pula idea perniagaan korang yang inovatif itu? Cuba roger sikit!

Related posts
ilmu

Moon Knight – Hero Marvel Tiru Batman?

ilmu

Faizal Tahir, Dayang Bakal Berduet?

ilmu

Apa jadi kalau manusia tidak tidur selama berhari-hari?

ilmu

Kalahkan rating Goblin, Ini sebab korang kena tengok Crush Landing On You!

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *