It’s Official: The 2019 Standard Deduction Is Getting Even Large
Terkini

Warga Singapura Bayar RM28,000 Miliki 116 Saman Tertunggak Sejak Tahun 2000 – Siakap Keli

Lelaki berusia 60an itu adalah antara mereka yang ditahan dalam Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) yang dilaksanakan di dua lokasi berasingan negeri ini, sejak Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata menerusi operasi tersebut, sebanyak 3,174 saman atas pelbagai kesalahan telah berjaya diselesaikan, membabitkan 2,687 warganegara Singapura dan 487 warga tempatan.

Operasi siri kesepuluh melibatkan 116 keanggotaan itu dijalankan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah, Iskandar Puteri dan di perkarangan Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam, sejak 6 pagi pada 27 Sept sehingga 12 tengah malam ini.

“Sepanjang operasi dilaksanakan sehingga pagi ini, kita telah dapat mengutip bayaran saman kira-kira RM611,000 di kedua-dua lokasi.

“Ia adalah bayaran bagi 3,174 daripada 247,278 saman tertunggak yang dicatat terhadap pemilik dan pemandu kenderaan Singapura sejak tahun 2000 hingga 2019,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi berkenaan di muzium itu, di sini, hari ini.

Mohd Nadzri berkata kutipan dijangka akan mencecah sehingga RM750,000 menjelang tengah malam ini.

Related posts
Terkini

Fizi Kesal & Akan Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Terkini

JPJ Buka Sektor Latihan, Pengujian Pemandu 1 Jun Ini

Terkini

“Indonesia, Terserah,” - Frontliner Malaysia Titip Kata Semangat Buat Frontliner Indonesia #Indonesiabisa

Terkini

Kourtney Kardashian Punca Hubungan Sofia Richie & Scott Disick Berakhir?

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *